Youtube adalah sebuah platform yang bukan sahaja tempat untuk berhibur tetapi ia juga tempat untuk belajar sesuatu yang baru, percaya atau tidak lebih separuh daripada pengguna yotube menggunakan laman perkongsian video tersebut untuk tujuan pembelajaran seperti menonton tutorial, masakan, tips-tips harian dan sebagainya.
Namun begitu terdapat 10 negara yang tidak membenarkan Youtube untuk diakses di negara mereka.
10, Brazil
Brazil telah melarang penggunaan Youtube sejak tahun 2007 apabila satu tuntutan makahmah telah dibuat oleh seorang model Dantela Cicarelli, dia mahukan video 'panas' dia bersama kekasihnya di buang dari laman tersebut membuatkan Brazil mengharamkan Youtube di seluruh negara.
9. Turkey
Youtube diharamkan pada tahun 2007 sehingga tahun 2010 apabila timbul video yang menghina penduduk Turkey. Pada tahun ini pardana menteri Turkey sekali lagi menggugut untuk mengharamkan Youtube apabila sebuah video skandal politik negara tersebut beredar di sana.
8. Jerman
Pada tahun 2009 isu perdebatan tentang penggunaan musik secara tidak sah menjadi hangat, sehinggakan ia tidak dibenarkan langsung digunakan tanpa kebenaran untuk musik latar sekalipun.
Sebuah kajian dilakukan pada tahun 2013 lebih 60 peratus daripada 1000 video yang paling popular di youtube di sensor musiknya.
7. Libya
Diharamkan pada tahun 2010 disebabkan video anti kerajaan dan memaparkan keluarga Ghadaffi di sebuah pesta. Akses kepada youtube telah dibuka semula pada tahun 2011 apabila Ghadaffi digulingkan rakyat.
6. Thailand
Sebuah video 44 saat yang mengandungi gambar raja Thailand telah menyebabkan Youtube diharamkan. Pengharaman tersebut berakhir selepas 5 bulan.
5. Turkmenistan
Nagara tersebut mengharamkan Youtube pada tahun 2009, tiada sebab rasmi yang dinyatakan. Rakyat harus memaparkan passport mereka untuk melayari laman web tersebut di cafe-cafe internet.
4. China
Youtube telah diharamkan sejak tahun 2009 disebabkan oleh faktor undang-undang negara tersebut, semua muatnaik harus disemak untuk menyekat penggunaan bahan tidak sopan dan untuk menjaga kesihatan fizikal orang muda di China.
3. Korea Utara
Bukan sahaja laman Youtube, Internet yang kita gunakan seharian juga telah diharamkan oleh kerajaan Korea Utara. Hanya beberapa orang elite yang mempunyai akses kepada internet, rakyat biasa boleh mengakses 'intranet' mereka yang dibuat khas diberi nama kwangmyong dengan lebih 1000 laman website.
2. Iran
Berikutan dengan protes pada tahun 2009 berkenaan pilihan raya, Youtube telah disekat. Sebuah laman website 'Mehr' khusus untuk rakyat iran telah dilancarkan pada tahun 2012 untuk mempromosikan budaya Iran.
1. Pakistan
Diharamkan selepas video 'anti-islamic' 'Innocence of Muslims' dimuatnaik pada tahun 2012. Pihak berkuasa secara tidak sengaja menyebabkan Youtube di seluruh dunia tidak berfungsi apabila menguatkuasakan satu lagi pengharaman.
.





EmoticonEmoticon